Friday, July 13, 2012

Patent Ductus Arteriosus (PDA)

Salam Jumaat..

Lanjutan daripada blog yang terdahulu Klik Sini Fahim telah disahkan oleh doktor di IJN menghidap Patent Ductus Arteriosus (PDA). Sedikit info mengenai PDA ini.....


Patent ductus arteriosus (PDA) is a congenital disorder in the heart wherein a neonate's ductus arteriosus fails to close after birth. Early symptoms are uncommon, but in the first year of life include increased work of breathing and poor weight gain. With age, the PDA may lead to congestive heart failure if left uncorrected. The ductus arteriosus is a normal fetal blood vessel that closes soon after birth. In a patent ductus arteriosus (PDA) the vessel does not close and remains "patent" resulting in irregular transmission of blood between two of the most important arteries close to the heart, the aorta and the pulmonary artery. PDA is common in neonates with persistent respiratory problems such as hypoxia, and has a high occurrence in premature children. In hypoxic newborns, too little oxygen reaches the lungs to produce sufficient levels of bradykinin and subsequent closing of the DA. Premature children are more likely to be hypoxic and thus have PDA because of their underdeveloped heart and lungs.
A patent ductus arteriosus allows a portion of the oxygenated blood from the left heart to flow back to the lungs by flowing from the aorta (which has higher pressure) to the pulmonary artery. If this shunt is substantial, the neonate becomes short of breath: the additional fluid returning to the lungs increases lung pressure to the point that the neonate has greater difficulty inflating the lungs. This uses more calories than normal and often interferes with feeding in infancy. This condition, as a constellation of findings, is called congestive heart failure.
In some cases, such as in transposition of the great vessels (the pulmonary artery and the aorta), a PDA may need to remain open. In this cardiovascular condition, the PDA is the only way that oxygenated blood can mix with deoxygenated blood. In these cases, prostaglandins are used to keep the patent ductus arteriosus open.


Fahim dijadualkan akan menjalani rawatan di IJN pada 29 Ogos 2012 iaitu seminggu selepas raya. Oleh yang demikian, saya memohon agar rakan-rakan dapat mendoakan keselamatan fahim semasa rawatan dijalankan. doa anda amat saya hargai dan semoga rakan-rakan sentiasa mendapat pelindungan daripada ALLAH S.W.T. Amin....




Monday, July 9, 2012

Happy Birhday Fahim....

Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan FAHIM ILMAN...
Allah selamatkan kamu....
Yeay!!!! Alhamdulillah... Fahim da genap setahun... Fahim membesar dengan sihat dan sempurna walaupun ade masalah sikit. Alhamdulillah.... Actually post ni da overdue... hahahha.. birthday fahim sebenarnya 20 Jun yang lepas. dek kerana busy yang melampau dan baru berkesempatan meng'collect gambo2 fahim dari photoghraper yang tak bertauliah.. hehehe... (jgn marah ye yem n abg mus...). skrg ni baru la rase ade mood nak mengupdate blog ni... hahahha.. kite layankan je gambar mase birthday party fahim kay!!!

Tarikh : 22 June 2012
Tempat : umah tatok n umah wan kt sementa. (fyi, Fahim da x dok sementa lagi... huhuhu)



Birthday boy ngan wan

Kek Angry Bird special for my beloved Son!!

HB Fahim Ilman!!!

Dari kiri : Abg Boy, Kakak Nana, Mama Mok (hahaha), Fahim Ilman, Kakak Nani

Xmo plak die tiup lilin. Penat dok ajar die

Tomey!!

hahaha.. Fahim takut ngan benda ni..

Nyum Nyum!!





Friday, June 8, 2012

Salam Jumaat

Alhamdulillah.... Allahuakbar... aku masih berkesempatan bernafas di bumi Allah ni bersama suami, anak tersayang, ahli keluarga dan keluarga mertua. x lupe kawan2 jugak. da lame rasenyer x update blog ni.. macam2 nak citer n xtau nak start kat mane....

Xperla.. yang lepas2 tu biarla lepas. kebetulan pulak skrg ni Jun. 4 jun yang lepas aku da genap 28 tahun. Alhamdulillah... 15hb ni plak giliran incik suami then 20bh plak giliran dak kecik Fahim Ilman plak... untuk hari2 mendatang ni diharapkan aku dapat menempuhi dugaan dan ujian yang diberikan dengan tabah. semoga Allah memberikan aku ketetapan hati. mungkin yang berlaku ada hikmahnya dan mungkin akibat dosa2 yang telah aku lakukan dulu.

Sebenarnya incik suami de tanye pe azam baru aku.. aku jawab kat dia, rasenye aku da x mintak ape2 lagi sebab DIA da berikan aku suami yang baik dan seorang anak yang sangat comel dan bijak. Alhamdulillah... aku rase kehidupan aku da cukup lengkap. walaupun kami anak beranak cukup2 makan tp aku bahagia. yang lain2 tu memang ade simpan angan2 tapi aku x mengharap. biarlah.... kalu de rezeki, adalah... biar mase yang menentukan...

Fahim Ilman... anugerah yang tidak ternilai. mama n baba sanggup lakukan ape saje utk selamatkan adik.

Thursday, May 17, 2012

Fahim dan penyakit tangan, kaki & mulut

huhuh.. bersemak da blog ni.. hahaha.. super duper bizi lah. baru ni rase free skit.. tu pon sebab bos cuti ken...... hahaha. lagipon xde story mory pon dat y la den sonyap yo...

cume nak cite, last week fahim kena penyakit tangan, kaki dan mulut. huhu.. berjangkit dari gd. cian die tau.. abes kat mulut die ade ulser. bintik2 kat seluruh badan.. kat tapak tangan n kaki. nasib baik gak r die nyer selera makan n minum tu ok... so xde la serius sgt... bertambah lasak lagi ade.. huhuhuh... x mcm org sakit lansung fahim ilman ni tau... good boy anak mama!!!! menangis pon x.....


so far.. sehingga ke hari ni die da semakin pulih. bintik2 pon da kering even da ade yang hilang pon.. yeay!! Alhamdulillah.... lega hati ni tau. mam pon xyah ler amek cuti, el bagai.. muahahaha...


Tengok ler... dalam sakit2 pon boleh sengih lagi bile bergambar...


Thursday, April 19, 2012

Berita Terkini...

hahaha.. mcm gempak jer.. tp memang gempak pon... td along sms. dia bgtau yang fahim da boleh merangkak... hahahahahha.. well done son!!!! esok genap fahim 10 bln.. yeay!! akhirnya fahim merangkak.. ingtkan fahim nak berjalan trus... huhuh... aduh... mesti chumellll die merangkak. x sabar nak balik nak tengok die merangkak.. haihh... lambatnyer nak 5.30......

Friday, April 6, 2012

Fahim dan Air lagi.

Gambar ni amek da lama. Mase g Port Dickson ngan cik jah n jiha... Rasenye mase Februari lepas...









Fahim dan Air

Fahim memang suke kt dalam air.. tengok je gambar2 kat bawah....









Siap ditepis tangan babanyer... nak jalan sendiri... chumelllll!!! next time kite g mandi2 lagi yer sayang... panas sangat hari tu. mama pon x tahan. hehehehe